tepat jam 1140pm, akademi fantasia telah melabuhkan tirai pentasnya buat selama-lamanya.
Juara terakhir telah dinobatkan, iaitu Hazama aka Pak Lang yang ternyata terserlah kehangatan persembahannya semalam. diikuti dengan naib juara Lena, dan di tempat ketiga Fina. tidak dilupakan Azri ditempat yang keempat.
Masing-masing yang mempersembahkan lagu tugasan serta lagu sendiri, telah mempamerkan usaha dan persembahan yang ditahap memuaskan shaja (tidak mencapai standard hebat lagi). namun itu semua tidak penting, semuanya kini sudah berakhir. walaupun ade yang cakap2 nakal dibelakang yang mengatakan konsert AF9 malam semlam membosankan lahh, gimik yang sama jeee, sound system yang buruk dan ditambahkan dengan isu yang dibincangkan hari ni >> pilih kasih atau ade double standard sket la.. hehe
Isu pilih kasih ni bukan sikitsikit, tapi semua orang boleh lihat dengan jelas. Kalau kat part Hazama nyanyi, siap ade video clip bagai and then tak termasuk undangan khas Lisa Surihani lagi. Wah kelas gitew.. and then gimik dia pulak alaala FT, gabungan video clip dan situasi sebenar.
then si Fina ni pun dapat perhatian jugak. kalau nak dibandingkan gimik dia ngan Hazama tu jauh bezalah kan.. sebab gimik persembahan fina kurang la sikit dr Hazama tp lebih bagus dari Lena dan Azri. part Fina ade bulan kat tengah-tengah pentas, and then ade penari lagi.. lepas tu mereka jemput adik beradik Fina menyanyi.
While Lena, mula-mula buat persembahan je dah hambar. lagu yang first tu Lena nyanyi berseorangan. tanpa props, penari atau sebarang gimik. just a simple boring performance. suara Lena memang sedap, ade keunikan, tapi dia seakan-akan tenggelam dengan keadaan pentas yang sunyi dan sound system yang sememangnya buruk pada malam itu. Dan gimik Lena pula sama dengan Azri, menggunakan khidmat piano sambil ada orang yang bermain dengan piano tu. Namun, persembahan kedua Lena berjaya merindingkan bulu roma kerana lelaki yang berselubung bermain piano turns out to be Shaheizy Sam!
Nada-nada kesedihan lebih kepada Azri. persembahan pertamanya lebih kurang macam Lena. pentas yang kosong cuma ada sedikit semburan asap2(ambience - bak kata ogy), dan kemudian dia terjun dari belakang sambil disambut. Lebih memburukkan keadaan persembahan kedua Azri mendapat kritikan dan amarah dari pengkritik jemputan Ramli MS. Tindakan Azri yang duduk dan berdiri di atas piano dikatakan tiada etika. namun ini bukan salah Azri. yang patut dipersalahkan adalah pihak pengelola pentas ataupun guru2 yang memantau persembahan pelajar2 ni. dah nama pun pelajar kan? manalah dia tau mana satu betul dan salah. lagipun bukankah diorang ni semua sepatutnya dah buat rehearsal? okey tak mau la saya komen banyak2 nanti takut kena saman pulak kan?
tapi fikir2 kan lah ye...
Gambar2 dibawah adalah diantara persembahan dan perkara2 yang menarik perhatian saya semasa menonton AF..