Friday, February 10, 2012

Cinta Atas Nama Tuhan



Maaflah jika coretan saya tidak seindah nama tiadalah juga seindah kata. Namun atas nama cinta kepada Tuhanku aku menulis, agar dikau kan lebih memahami apa itu cinta yang dikau cari.

Jikalau dikau terlalu banyak seksa dari bahagia, terlalu banyak nestapa dari riang dan terlalu banyak derita dari tawa, berhentilah mencinta. Kerana ia merosakkan jiwa dan raga. Namun jikalau kau percaya cinta itu datang dariNya, cintailah sidia dengan sepenuh hatimu bukan kerana Atas Nama Cinta itu tetapi cintailah dia atas nama Tuhanmu Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Ini kerana Dialah jua yang memberi erti cinta serta perasaan yang kau sedang alami ini. 

Urusan hati jangan kau risaukan, kerana hati boleh jadi mainan syaitan. Letakkanlah hati di tempatnya kau sepatut letakkan ia, iaitu hati yang penuh rasa cinta kepada Tuhan Yang Maha Esa. Kerana Tuhan tidak akan menyakiti hambaNya, mahupun Tuhan tidak akan mungkin membuat dikau kecewa. Malah Dia akan kurniakan kau cinta yang selama ini kau cari. Nescaya hatimu pasti bahagia.

Namun jikalau kau merasakan dialah yang paling tepat untuk kau jadi kan suri serta raja di hati, janganlah kau berdalih-dalih lagi. Dari membuat onar di hati, menyeksa ia sehingga tiadalah engkau dapat menumpukan hati ini kepada Yang Maha Esa, katakanlah dan ucapkanlah cintamu. Cinta tidak boleh di tahan, kerana ia fitrah manusia. Cinta yang makin di halang makin ia berkembang. Terus terangkanlah hatimu, supaya kamu tiada lagi tercari-cari. Dan selepas itu, barulah kau meletakkan sepenuhnya ia ke atas Tuhanmu, kerana Dia yang lebih Maha Mengetahui dan sudah merancang sejak dari kamu di perut ibumu. 

Cinta itu makin di cari, makin tiada berjumpa

Cinta itu makin di tahan, makin berbunga

Cinta itu makin di jauhi, makin mendekati

Serahkanlah cinta itu kepada Tuhanmu, maka Dialah yang lebih mengetahui kerana Cinta Atas Nama Tuhan itu banyak barakahnya.


"'awak...saya semakin penat untuk mencari...apa kata kita serahkan semuanya kepada Dia,biar Dia ketemukan kita..selepas itu baru saya akan berusaha kekalkan awak dalam hati saya...awak,saya letih berurusan dengan hati...awak,saya tak sanggup untuk disakiti..awak,kerana awak..saya banyak terseksa di sini.."(MH,2012)


Terima Kasih atas coretan, saya sudah sahut cabaran awak! :)


Syaida

No comments:

Post a Comment