Sunday, June 12, 2011

Double Standard in AF9 Final?

Berakhirlah sudah kehangatan dan malam debaran konsert akhir akademi fantasi 9 semalam.
tepat jam 1140pm, akademi fantasia telah melabuhkan tirai pentasnya buat selama-lamanya.
Juara terakhir telah dinobatkan, iaitu Hazama aka Pak Lang yang ternyata terserlah kehangatan persembahannya semalam. diikuti dengan naib juara Lena, dan di tempat ketiga Fina. tidak dilupakan Azri ditempat yang keempat.

Masing-masing yang mempersembahkan lagu tugasan serta lagu sendiri, telah mempamerkan usaha dan persembahan yang ditahap memuaskan shaja (tidak mencapai standard hebat lagi). namun itu semua tidak penting, semuanya kini sudah berakhir. walaupun ade yang cakap2 nakal dibelakang yang mengatakan konsert AF9 malam semlam membosankan lahh, gimik yang sama jeee, sound system yang buruk dan ditambahkan dengan isu yang dibincangkan hari ni >> pilih kasih atau ade double standard sket la.. hehe


Isu pilih kasih ni bukan sikitsikit, tapi semua orang boleh lihat dengan jelas. Kalau kat part Hazama nyanyi, siap ade video clip bagai and then tak termasuk undangan khas Lisa Surihani lagi. Wah kelas gitew.. and then gimik dia pulak alaala FT, gabungan video clip dan situasi sebenar.



then si Fina ni pun dapat perhatian jugak. kalau nak dibandingkan gimik dia ngan Hazama tu jauh bezalah kan.. sebab gimik persembahan fina kurang la sikit dr Hazama tp lebih bagus dari Lena dan Azri. part Fina ade bulan kat tengah-tengah pentas, and then ade penari lagi.. lepas tu mereka jemput adik beradik Fina menyanyi.



While Lena, mula-mula buat persembahan je dah hambar. lagu yang first tu Lena nyanyi berseorangan. tanpa props, penari atau sebarang gimik. just a simple boring performance. suara Lena memang sedap, ade keunikan, tapi dia seakan-akan tenggelam dengan keadaan pentas yang sunyi dan sound system yang sememangnya buruk pada malam itu. Dan gimik Lena pula sama dengan Azri, menggunakan khidmat piano sambil ada orang yang bermain dengan piano tu. Namun, persembahan kedua Lena berjaya merindingkan bulu roma kerana lelaki yang berselubung bermain piano turns out to be Shaheizy Sam!



Nada-nada kesedihan lebih kepada Azri. persembahan pertamanya lebih kurang macam Lena. pentas yang kosong cuma ada sedikit semburan asap2(ambience - bak kata ogy), dan kemudian dia terjun dari belakang sambil disambut. Lebih memburukkan keadaan persembahan kedua Azri mendapat kritikan dan amarah dari pengkritik jemputan Ramli MS. Tindakan Azri yang duduk dan berdiri di atas piano dikatakan tiada etika. namun ini bukan salah Azri. yang patut dipersalahkan adalah pihak pengelola pentas ataupun guru2 yang memantau persembahan pelajar2 ni. dah nama pun pelajar kan? manalah dia tau mana satu betul dan salah. lagipun bukankah diorang ni semua sepatutnya dah buat rehearsal? okey tak mau la saya komen banyak2 nanti takut kena saman pulak kan?

tapi fikir2 kan lah ye...

Gambar2 dibawah adalah diantara persembahan dan perkara2 yang menarik perhatian saya semasa menonton AF..



Erul, menyanyikan Legasi Cleopatra. Teruskan usaha anda Erul.!



Nera, menyanyikan single pertamanya Hatimu Milikku. Nera sangat jelita malam semalam :)



Principle Amy yang sentiasa hebat di pentas.



Fesyen tudung Ogy yang ala-ala Hana Tajima. senget sebelah.. hehe anyway cantik jugakla :)



Lisa Surihani berjaya menaikkan atmosphere konsert semalam. Menjadi gadis misteri :)




Wajah-wajah Juara dan bintang-bintang Akademi Fantasia 9. Selamat Maju Jaya dalam industri penuh pancaroba ini.


Lots of love,

SYAIDA




















Nora Elena - Its a fenomena!


WOWW, sekarang ni tengah ade mood nak tulis blog ni so lebih baik la i menulis dari x buat ape2 kan?? hehe

Sekarang ni everyone sibuk nak berceritera pasal this drama - Nora Elena. termasuklah si empunya diri yang menulis ini. bukan ape, tapi entah lah seperti ada pautan magnet dengan cerita ni yang membuatkan kita semua nak tengok kan??

Drama ini dinaik serikan dengan gandingan pelakon kacak Aaron Aziz dan gadis cantik molek Siti Saleha sebagai peneraju utama iaitu Seth Tan dan Nora Elena. Ceritera cinta biasa yang berkisar kepada kehidupan gadis yang bernama Nora Elena dalam menghadapi kehidupan bercinta dgn kekasihnya Eid (Zul Ariffin) yang akhirnya ditinggalkan dan berkahwin dengan Seth Tan, jejaka idaman gadis semalaya.

SO, cite cinta biasa tapi suatu elemen yang menarik perhatian semua orang kepada drama ni ade lah kerana sikap atau perwatakan si Seth Tan ni yang terlalu pengasih dan sayangkan Elena secara berlebih-lebihan. Girls out there memang tergila2kan jejaka yang macam ini and ade jugak yg sampai buat surat kepada tv3 supaya memberhentikan penayangan cerita ni ( hehe ni surat ade unsur jenaka sket).

waaa.. hehe so moral of the story, kalau anda lelaki yang nak pikat gadis2 jadilah seperti Seth Tan tu,, tengok cerita Nora Elena dan belajar dari dia.. gerenti anda akan menjadi pujaan semalaya!

Tapi sadly to say, ceriter ni pun dah nak berakhir epidsodnye. setiap permulaan pasti ade pengakhirannya. and next week is the last week tauu! so korang peminat2 Nora Elena jangan lepaskan peluang untuk menonton episod akhir Nora Elena ni..

lost of love,
syaida :)

AF9 - Yang Terakhir??


Hello lovely Followers and Blogwalkers,

Hari ni I nak bercakap ttg Akademi Fantasia 9. it is stated that AF9 ni adalah AF yg terakhir.
so with so many rumours and extra publisity given to this AF, actually Astro telah berjaya
menaikkan rating AF9 kali ni berbanding masa AF8 dulu.

with 4 finalists of AF, the super fantastic Hazama, the extravagant voice of Fina, Lena the gurl rockers and tidak dilupakan Azri yang ala2 FT tu, mereka semua ni akn melangkah ke pentas
final pada malam ni di Putrajaya. Pesona mereka berempat tak dapat dinafikan lagi, semua ada gaya, ada bakat yg hebat2 belaka. Setengah dari mereka sudah ada pengalaman dan ada juga yg baru lepas dari sekolah. tapi semua itu tidak penting kerana pengukur kehebatan mereka adalah pada pentas malam ini!

Juara yang bakal dijulang AF malam ini adalah juara yang punya ribuan peminat, mungkin dia bagus dalam nyanyian atau mungkin dia hanya bagus dalam menarik peminat. tapi itu semua kita tak kisah kerana bakal penentu nasib meraka adalah bila mereka kluar dari AF nanti.

Kita yang membesar dengan AF sudah terang2 tahu yang ada jadi juara tapi tak berjaya, dan juga bukan juara sekarang dah hebat belaka! so ape2 pun all da best to the finalists AF tonite.

AF mungkin sudah berakhir, mungkin tidak... kerana bak kata Aznil sendiri AF ni penuh dengan kejutan. manalah tau kan, ade AF10 ke ataupun AF nak buat macam maharaja lawak ke.. yang dimana juara2 bertanding sekali lagi untuk jadi the best stars of AF.. hehehehe - suggestion untuk Astro ni!

Anyway all da best, i hope semua enjoy the show tonite... :)




with love,

syaida...


p.s. tgh siap sedia nak tgk AF malam ni.. :) siapa juara agaknye???