Wednesday, August 10, 2011

Mood Filem Klasik Sejenak


hey hello fellow followers!
Terkezut tak tetiba ada gambar primadona Datuk Sarimah Ahmad kat atas ni.
Cantikkan dia?
Boleh dikatakan Datuk Sarimah adalah diantara pelakon melayu tercantik pada zamannya.

Before we start anything, saya ingin memperkenalkan sedikit sebanyak latar belakang primadona ini kepada anda semua.  


Sarimah Ahmad atau nama penuhnya beserta gelaran Datuk Hajjah Sarimah Ahmad telah dilahirkan pada 28 April 1942 di Pulau Rusa, Pekan, Kuala Pahang. Beliau mula menceburkan diri dalam dunia lakonan pada tahun 1961 dengan watak Marjina dalam filem Ali Baba Bujang Lapok. Beliau kemudiannya berpasangan dengan Jins Samsudin dalam filem Si Tanggang dan bersama P Ramlee pula dalam filem evergreen Ibu Mertuaku. Sarimah kemudiannya melonjak naik menjadi nama besar dalam industri perfileman apabila beliau sering diberikan watak utama dalam apa sahaja filem yang dilakonkannya. Antara filem hebat yang pernah dilakonkan Sarimah adalah Bidasari, Dayang Senandong dan Raja Bersiong. Beliau kini berusia 69 tahun dan pernah berlakon dalam drama Cinta Madinah yang suatu masa ketika menjadi perbualan ramai.

Minat untuk terus menonton filem melayu klasik membuak-buak apabila saya menonton filem lakonan Sarimah dan Ahmad Mahmud ini - Dayang Senandong


Dayang Senandong mempunyai plot penceritaan yang menarik dan penuh nasihat kepada semua.
ia menceritakan tentang Dayang anak raja sebuah negeri yang terkena sumpahan menjadi gelap kulitnya akibat perbuatan ayahandanya sendiri. Bagi saya filem ini tiada salahnya kalau ditayangkan di kaca TV kerana ia mempunyai mesej yang baik. tapi peliknya kenapa filem ini tidak lagi ditayangkan?
Adakah kerana ia mempunyai babak2 XX yang dilakonkan Sarimah (walaupun tak begitu ketara dibandingkan dengan filem inggeris)?



Raja Bersiong versi berwarna telah mendapat sentuhan seni dari YTM Tunku Abdul Rahman, PM Malaysia pada ketika itu. Kostum, props dan juga penari2 yang terlibat dalam filem ini membuatkan ia dilihat diantara filem pertama Malaysia yang menelan belanja yang banyak dan boleh dikatakan setanding dengan PGL. Salah satu sebab filem ini tidak lagi ditayangkan adalah kerana ia dikatakan dapat menyesatkan akidah org Islam kerana watak pelakon dalam filem ini menyembah berhala Siam.
Walhal saya rasa okey saja kalau kita tahu batas dan pendirian diri kita. I think kita perlu open minded dalam hal ini.


Filem kedua Sarimah yang ditonton saya semalam adalah Dia Ibuku.
Sarat dengan mesej jasa seorang ibu kepada anaknya, filem ini wajib ditonton semua.
tiada unsur XX ditonjolkan dan masih menjadi persoalan, kenapa ia tidak ditayangkan lagi?


Filem evergreen kegemaran ramai, Ibu Mertuaku sering berada di carta nombor satu pilihan penonton.
Plot yang menarik dan ditambah dengan lakonan mantap dari P Ramlee serta Sarimah sendiri, memang patutlah filem ini digemari ramai. Pada pandangan saya, oleh kerana filem ini kerap kali ditayangkan, apa kata kalau stesen tv cuba beri peluang untuk tayang filem-filem yang diatas tadi. kan lebih variety! taklah asyik-asyik filem yang sama saja.

Filem Klasik that AMUSE ME!


Jins Samsudin yang KACAK! :))
Dia juga selain P Ramlee adalah diantara pelakon yang hebat pada zamannya.
Mempunyai rupa yang hensem, smart dan macho.. itu semua sudah cukup membuatkan anak-anak dara tak kelip mata memandangnya. Jins Samsudin masih lagi famous sehingga kini dan currently starring in Tahajjud Cinta bergandingan dengan Azizah Mahzan.

This is the movie that amuse me dan saya masih TAK dapat menontonnya.
Takde pon dalam YouTube!

Zain.. Jefri Zain atau kita lebih selalu mendengar Bond.. James Bond telah membuatkan nama Jins Samsudin macam goreng pisang panas!
Melakonkan watak ala-ala Bond dengan aksi-aksi yang sungguh Bond habis (part gadis-gadis bond tu, hehe - Sarimah juga seperti gadis Bond atau gadis Zain dalam filem diatas, Gerak Kilat/Operation Lightening)
Filem ini telah berkolaborasi dengan Hong Kong dan boleh dikatakan agak famous jugak. namun tidak ditayangkan kerana terlalu banyak adegan yg harus di sensor. Adegan gadis-gadis bond/zain yang seksi meksi diantara masalah besar filem ini tidak lagi ditayangkan.


Unbelievable!
Malaysia/Singapura telah menghasilkan filem sebegini dan saya berani kata ia lebih hebat dari filem kita yang ada sekarang. Hope saya boleh tengok filem ini di suatu masa.

Info: Selain Jefri Zain, kita ada juga menghasilkan Bond versi wanita iaitu Nora Zain lakonan Saadiah.
Nora Zain kini akan diteaterkan dan watak Nora bakal dipegang Tiara Jaquelina.

No comments:

Post a Comment