Monday, January 30, 2012

Kecewa?


OH Awak! Terima Kasih kerana memberi secebis idea untuk saya menulis.

Kecewa? Kenapa? Awak semua pernah kecewa jugak ke?

Dalam pompang pom pang mercun dilangit ni, hati daku tak semeriah itu. Malah ada menyimpan sedikit luka. Tapi tak perlulah dinyatakan semuanya di sini. Jadi berbalik pada topik. Anda pernah kecewa?
Semua orang pernah bukan? Walau sekelumit pun, tak kiralah dari zaman bila anda datang. Kalau tiada perasaan ini, anda bukanlah manusia.

Hatimu Kuciwa kerana apa?

Sebab musabab itu mestilah banyak. Ada yang kecewa sebab benda remeh temeh saja. Coklat yang mak beli semalam adik dah makan. Ayah tak ajak tengok wayang. Kawan sebelah rumah dapat helikopter mainan baru. Semua itu mengundang kecewa. Tapi bahana kecewa paling besar adalah apabila orang kecewa bercinta.

Kecewa Bercinta paling bahana? Kenapa?

Kerana mampu membunuh. Bukan bunuh diri sendiri saja tetapi orang lain yang juga terlibat dalam episod duka dalam cinta. Sebab itulah pentingnya tiang agama di sini. Kecewa mana pun kita, janganlah lupa pada Maha Pencipta, Allah yang memberi hidup dan mati. Dia saja yang berhak menarik nyawa, jadi jangan pandai-pandai nak playing to be god here.

Bagaimana menangani kecewa?

Episod cinta inilah yang paling susah untuk diuruskan. Walau bagaimana kuat pun kita, mahu juga menitiskan air hikmat itu. Namun percayalah, tidak salah untuk mengesali dan menangis. Sekurang-kurangnya beban kurang. Derita juga tidak melarat. Jika ada teman baik, berkongsilah perasaan anda. Jangan dipendam, lama-lama meletup. Susah pulak nanti. Lalui semua fasa-fasa kekecewaan ini dengan tenang, fikir semuanya dengan ringkas dan jangan merumitkan keadaan. Tapi jangan pulak terlalu ringkas sampai ambil keputusan cabut nyawa sendiri yaa.. Yang paling penting, bermohonlah kepada Tuhan agar ditenangkan hati dan dipermudahkan segala urusan. Semoga anda terus bersemangat melalui hari-hari yang mendatang.

Awak pernah kecewa dan dikecewakan?

No comments:

Post a Comment