Thursday, January 26, 2012

Nukilan Cinta Buat Awak


Jarang sekali nukilanku berbaur aprisiasi kepada mana-mana pihak. Memang ada tapi dulu. Aprisiasi nukilan itu  bagi mereka yang benar-benar menyentuh lautan dalam hati ini. Namun kali ini barangkali nukilan ini lebih kepada prakata dan hadiah kepada yang telah berjaya menaikkan meter semangat untuk menulis setelah sekian lama membisu.

Awak memang benar-benar mahu saya bercerita tentang cinta?

Pernah saya katakan, cinta itu luas. Terlalu banyak bahagiannya. Walau dihiris seribu pun masih ada bahagian yang tertinggal. Definisi 'Cinta' juga mudah untuk dikata tetapi tidak mudah untuk diselami. Cinta adalah perasaan luar biasa yang memungkinkan kita untuk melakukan seribu macam perkara tak kiralah sama ada ia baik seperti pengorbanan dan kasih sayang sehinggalah perkara yang paling jahat seperti membunuh kepada mereka tak kiralah siapa orangnya. Boleh jadi bonda kita, kakak, adik, makcik, pakcik, nenek, saudara mara jauh mahupun dekat ATAUPUN mereka yang tiada langsung ikatan tali kekeluargaan dengan kita. DAN tidak dilupakan Tuhan yang memberi kita hidup serta mematikan kita.

Jadi, bahagian mana yang saya pilih?

Sudah tentu penceritaan ini terjurus kepada Cinta yang semua orang agungkan. Cinta yang semua orang rasa sakit dan peritnya. Aku jua melaluinya. Penat sudah melalui dua puluh satu tahun dengan nista cinta. Dari yang tuli mengenai hal-hal cinta dan diperbodohkan sehinggalah menjadi bahan ujikaji cinta. Tidak apa, bertemu dengan orang yang salah tidak bermakna kita salah. Bertemu dengan yang salah itulah yang membawa kita kepada yang azali, yang sebenar-benarnya cinta abadi.

 Tapi bukan itu yang aku mahu cerita.
Sakit dan perit cinta adalah sebahagian dari rencah hidup. Mahu tak mahu semua harus melaluinya.

Biarlah saya bercerita tentang apa yang kita semua mahu di dalam cinta

Kita semua mahukan kebahagiaan. Kita semua mahukan kasih sayang. Kita semua mahukan.. semua yang baik-baik saja. Tetapi kita juga lupa kita manusia yang tidak maksum. Kita akan tetap melakukan kesalahan dan menyakiti orang lain. Bak kata Izzah, Cinta itu tidak kejam cuma manusia yang tidak tahu menghargainya. Jadi janganlah meletakkan penanda aras dalam cinta. Biar ia biasa-biasa yang penting berkahnya di sisi Allah Yang Maha Esa.

Kita juga berkehendakan pasangan yang romantis, baik hati, beragama, penyayang dan... segala list-list lelaki atau wanita Melayu sejati. Tapi kita mungkin masih belum melihat cerminan diri sendiri. Sempurnakah aku juga? Layakkah aku jadi pasangannya? Hina sangatkah dia untuk berada disisi ku? Tiada sesiapa di dalam dunia ini yang tidak memilih. Sedang yang hodoh mahukan pasangan yang cantik, inikan pula yang jelita bagai puteri, mahukah dia berpasangan hodoh? Oleh itu lah Tuhan telah menetapkan tiap-tiap orang jodoh. Macam mana memilih pun, jodoh tidak mampu di halang. Ia pasti akan terjadi.

Apa sebenarnya yang aku mahukan?

Aku tidak mahu terlebih juga tidak mahu terkurang. Aku mungkin memilih tetapi aku menerima seadanya. Aku hanya mahukan cinta yang suci, cinta yang bukan untuk dimain-mainkan. Cinta yang bukan sia-sia. Cinta yang bukan sekejap cuma. Ia untuk seumur hayat dan selama-lamanya hingga di Syurga. Aku serius mengenai cinta. Dan cintailah aku jua seadanya.
Dan satu soalan untuk awak...

Awak rasa cinta itu macam mana? 

2 comments:

  1. kte memandang menerima kelemahan pasangan sebagai kelebihannye dan dye juga memandang kte sebegitu.. itulah CINTA.. :)

    ReplyDelete
  2. iya zattul :) itulah yang sepatutnya kita lihat..

    ReplyDelete